Showing posts with label Tempahan Online. Show all posts
Showing posts with label Tempahan Online. Show all posts
Sila ikut langkah berikut untuk membeli Ikan Terubok Masin Sarawak (Headhunters Craft) kami:

  1. Lihat dan semak senarai harga Ikan Terubok Masin Sarawak kami di SINI.
  2. Pilih Pakej Ikan Terubok Masin yang anda inginkan.
  3. Pergi ke halaman Tempahan Online untuk mula membuat tempahan.
  4. Isi borang tempahan dengan lengkap dan tepat (Pastikan anda klik butang Submit setelah selesai mengisi borang).
  5. Tunggu email daripada kami untuk mengetahui jumlah harga yang perlu dibayar termasuk harga penghantaran.
  6. Bank-in (TUNAI/CASH sahaja) jumlah yang perlu dibayar kepada kami (Klik di SINI untuk maklumat Pembayaran).menggunakan Internet-Banking (CIMBclick) atau Mesin Deposit Tunai.
  7. Jika anda menggunakan Mesin Deposit Tunai, pastikan anda menyimpan resit transaksi deposit tersebut.
  8. Setelah pembayaran dibuat, sila email butiran berikut ke headhunterscraft[a]gmail.com untuk proses pengesahan.
    • Nama:
    • Email:
    • No. Transaksi Bank:
    • Masa Bayaran:
    • Tarikh Bayaran:
    • * Nama dan email hendaklah sama seperti yang diisi di dalam borang pesanan.
      * Pastikan butiran pengesahan tersebut adalah TEPAT
  9. Jika anda menggunakan internet-banking, sila Print Screen window pembayaran atau, print dan scan resit pembayaran. Emailkan kepada kami bukti pembayaran tersebut.
  10. Tunggu email daripada kami yang memberitahu bayaran anda telah disahkan beserta Tracking No. bungkusan anda.
  11. Tunggu bungkusan anda sampai di alamat yang anda tetapkan.
  12. Nikamatilah kelazatan Ikan Terubok Masik Sarawak (Headhunters Craft) kami !!!
       
Ikan Terubok Masin Sarawak merupakan ikan masin yang popular di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Keunikan rasa ikan terubok Sarawak yang 'manis' dan berlemak, cukup untuk menjadikan ia ikan kegemaran ramai. Melalui proses pemasinan, keenakan rasa masin ditambah ke dalam ikan terubok sekaligus menambahkan kelazatan ikan tersebut.

Ikan Terubok Masin Sarawak sangat sedap untuk dimakan dalam pelbagai jenis masakan. Untuk merasakan keenakan sebenar rasa ikan terubok masin Sarawak, adalah lebih sesuai jika ikan tersebut digoreng atau dipanggang/dibakar serta dimakan dengan perahan limau kasturi dan cili padi.

Kami mendapati ramai penggemar ikan terubok Sarawak di Semenanjung Malaysia cuma dapat membeli Ikan Terubok Masin Sarawak ketika mereka atau kenalan mereka berada di Sarawak. Oleh itu, Kami menyediakan kemudahan tempahan Ikan Terubok Masin Sarawak yang asli secara online dan ia akan dihantar terus kepada anda. Kami amat mementingkan kualiti Ikan Terubok Masin Sarawak kami dan ianya adalah 100% halal.

Senarai harga untuk Ikan Terubok Masin Sarawak yang kami tawarkan ada di halaman Senarai Harga.Untuk membuat tempahan, sila klik Order Online dan untuk maklumat berkaitan Pembayaran dan Pengiriman, klik pada Maklumat Pembayaran atau Pengiriman. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui email di alamat headhunterscraft[a]gmail.com.

Terima Kasih kerana menjadi pelanggan kami!