Tempahan Online Ikan Terubok Masin Sarawak

/
0 Comments
Ikan Terubok Masin Sarawak merupakan ikan masin yang popular di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Keunikan rasa ikan terubok Sarawak yang 'manis' dan berlemak, cukup untuk menjadikan ia ikan kegemaran ramai. Melalui proses pemasinan, keenakan rasa masin ditambah ke dalam ikan terubok sekaligus menambahkan kelazatan ikan tersebut.

Ikan Terubok Masin Sarawak sangat sedap untuk dimakan dalam pelbagai jenis masakan. Untuk merasakan keenakan sebenar rasa ikan terubok masin Sarawak, adalah lebih sesuai jika ikan tersebut digoreng atau dipanggang/dibakar serta dimakan dengan perahan limau kasturi dan cili padi.

Kami mendapati ramai penggemar ikan terubok Sarawak di Semenanjung Malaysia cuma dapat membeli Ikan Terubok Masin Sarawak ketika mereka atau kenalan mereka berada di Sarawak. Oleh itu, Kami menyediakan kemudahan tempahan Ikan Terubok Masin Sarawak yang asli secara online dan ia akan dihantar terus kepada anda. Kami amat mementingkan kualiti Ikan Terubok Masin Sarawak kami dan ianya adalah 100% halal.

Senarai harga untuk Ikan Terubok Masin Sarawak yang kami tawarkan ada di halaman Senarai Harga.Untuk membuat tempahan, sila klik Order Online dan untuk maklumat berkaitan Pembayaran dan Pengiriman, klik pada Maklumat Pembayaran atau Pengiriman. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui email di alamat headhunterscraft[a]gmail.com.

Terima Kasih kerana menjadi pelanggan kami!


You may also like